Latihan Kebakaran dan Keselamatan
7 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniLatihan kebakaran dan keselamatan telah diadakan diperkarangan pejabat NERA Infocom (M) Sdn Bhd pada tarikh 6 mei 2017. Taklimat mengenai latihan kebaran ini telah disampaikan oleh Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor. Sesi latihan dimulakan dengan perbentangan slide dan acara keselamatan didalam bilik latihan. Terdapat banyak ilmu pengetahuan yang dapat diambil terutamanya mengenai cara menyelamatkan diri ketika berada didalam kebakaran, jenis-jenis alat pemadam api dan cara penggunaanya.
Seterusnya acara diluar diselangi dengan taklimat serta pertunjukan acara memadam api menggunakan api atau serbuk. Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet telah sama-sama menjayakan program ini dengan mengambil bahagian acara memadam api , menggunakan hos air dan mempelajari alatan yang sesuai untuk api yang berpunca daripada kayu, minyak petrol, getah atau alatan elektrik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: